Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik yang tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai "The Federated Malay State Trade School" oleh En. Noel Leembruggent, seorang jurutera dan En. Geary, seorang Superitenden. Lokasi pertama sekolah ini ialah di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Pada tahun 1929, nama sekolah telah ditukarkan kepada "Junior Technical Trade School".
Objektif awal sekolah ini ditubuhkan ialah untuk melatih juruteknik bagi Jabatan Kerja Air, Jabatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya dan juga Tentera Udara Diraja. Sekolah ini dikhaskan untuk melatih murid-murid Melayu dari negeri-negeri Bersekutu : Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Walau bagaimanapun murid-murid bangsa lain juga diterima belajar di sini yang memakan masa selama tiga tahun. Jumlah bilangan pelajar pada masa itu tidak lebih daripada 50 orang. Latihan yang diberi ialah Lukisan Teknik, Pertukangan Besi dan subjek akademik yang lain. Beberapa tahun kemudian kursus-kursus mengenai radio, elektrik, ladung-meladung (plumbing) dan pertukangan kayu diperkenalkan.
Struktur asal sekolah hanyalah sebaris bangunan satu tingkat pelajar-pelajar belasan tahun dari merata negeri ditempatkan di hujung sebelah kiri bangunan. Memandangkan kebanyakan pelajar ini tidak fasih berbahasa Inggeris, kelas-kelas tambahan Bahasa Inggeris telah diadakan. Antara tenaga pengajar awal di sekolah ini ialah Encik Cherrington, seorang tukang kayu dan kabinet, Encik Bill Speldewinde, jurutera aeronautikal, Encik Atkinson, Encik Rossario, jurutera elektrik dan Encik Danial, pekerja radio komunikasi.
Di peringkat awal, sekolah ini telah menubuhkan pasukan hoki yang bergelar "The Maxwell Youngsters". Pasukan muda ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan saudara mara terdekat tenaga pengajar. Di samping mengadakan perlawanan dengan pasukan sekolah lain, kecemerlangan pasukan hoki ini ialah dapat melayakkan diri sehingga ke peringkat tempatan.
Beberapa tahun sebelum tentera Jepun menyerang Malaysia, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. Bangunan ini telah dijadikan bilik-bilik kuliah sehingga bulan Februari 1942. Apabila tentera Jepun mengambil alih Malaya pada tahun tersebut, bangunan sekolah ini dipercayai dijadikan military base oleh askar British dan hospital sementara. Tiga tahun selepas itu, iaitu pada 15 Ogos 1945, apabila tentera Jepun menyerah kalah secara rasmi di sekolah Victoria Institution, pasukan tentera The English Royal Air Force (RAF) telah mengambil alih Junior Trade School. Setahun selepas itu, bangunan-bangunan yang rosak teruk akibat peperangan telah dibaiki dan kembali berfungsi sebagai "The Trades School". Pada tahun 1947, Encik Tongoe dilantik sebagai Superintendan sekolah ini menggantikan Encik Geary. Beliau berkhidmat di sekolah tersebut sehingga tahun 1957.
Sehubungan dengan Penyata Razak 1956 "The Junior Trade School" sekali lagi bertukar nama kepada "Technical Institute of Kuala Lumpur". Enam tahun kemudian pada tahun 1962, namanya digantikan sebagai Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Nama ini kekal sehingga hari ini tetapi lokasinya telah bertukar ke Jalan Yaacob Latiff berdekatan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Semasa era 60-an Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur telah mula mencipta zaman kegemilangannya. Antara sejarah paling manis ialah apabila SMT Brass Band berjaya ditubuhkan pada tahun 1960 dengan alatan yang dibeli bernilai RM17,000. Kumpulan pancaragam ini terdiri daripada 50 orang ahli.
Antara kecemerlangan yang diperolehi ialah menjadi wakil persembahan pada Hari Kebangsaan, ketika perasmian East Asia Hockey Tournament dan Pesta Pancaragam. Pasukan ini juga pernah menerima pingat di Pesta Pancaragam oleh Y.A.B. Datuk Hamzah Abu Samah.
Pihak sekolah juga buat julung kalinya telah berjaya menerbitkan majalah sekolah dengan nama The Technicians pada tahun 1963. Edisi mesin taip ini memuatkan sebilangan besar artikel berbahasa Inggeris.
Pada awal 70-an terdapat seramai 38 orang guru di sekolah ini iaitu 15 orang guru sastera, 9 orang guru sains dan 8 orang guru teknikal. Disamping itu, terdapat beberapa orang sukarelawan dari negara Jepun, Kanada, Amerika dan Jerman yang ditugaskan mengajar mata pelajaran Machine Workshop, Engineering Science, Geometrical/Mechanical Drawing dan Fizik. Satu blok tambahan yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah dan 2 buah makmal sains untuk pelajar Tingkatan 6 telah dibina oleh Kementerian Pelajaran. Sekolah juga telah mendapat sumbangan dua buah Lathe Machine untuk kegunaan bengkel mekanikal daripada Japanese Overseas Cooperation Volunteers.

Antara pengetua yang pernah menabur bakti di sekolah ini ialah Encik Lai Nyen Fook (1957-1963), Encik Panchalingan (1970-1971), Encik Xavier Nathan (1972-1973), Encik Mohd Suffan Mohd. Nazir (1973-1975...) yang kita panggil Bang Pian.
No comments:
Post a Comment